Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 17, 2019

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (slot Akasia TV3)

Drama terbaru adaptasi novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna akan menghiasi slot Akasia TV3. Drama arahan Eoon Suhaini akan dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Nadia Brian dan ramai lagi.

JUDUL : LELAKIMU YANG DULU
EPISOD : 28 episod
PENULIS SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PARA PELAKON : Sharnaaz Ahmad (Hazrul), Nelydia Senrose (Daliya), Redza Rosli (Nazli), Reen Rahim (Faiqa), Nadia Brian (Zana), Ungku Hariz (Idlan), Azizah Mahzan (Ibu Maryam)

SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU
Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul.

Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

Drama 28 episod terbitan Mache All Star United Sdn Bhd akan menemui penonton bermula 19 September 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment