Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 21, 2019

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (slot Widuri TV1)

Drama adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda akan bersiaran di slot Widuri TV1. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha, Farahdhiya, Elisya Sandha, Keith Foo, Afifah Nasir dan ramai lagi.

JUDUL : MIMPI YANG SEMPURNA
EPISOD : 26 episod
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures
PARA PELAKON : Aqasha (Haiman), Tiz Zaqyah (Wardah), Farahdhiya (Arissa), Keith Foo (Zaki), Elisha Sandha (Yasmeen), Afifah Nasir (Ida), Kuna Muzani (Aminah), Shaharuddin Thamby (Yussof), Faez Nick (Megat Adip), Rania Humaira (Zara), Aidil Aziz (Along)

SINOPSIS MIMPI YANG SEMPURNA
Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatahlagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka.

Drama 26 episod ini akan menemui penonton bermula 22 Ogos ini, setiap hari Khamis hingga ahad, pukul 7.00 malam di slot Widuri TV1.

No comments:

Post a Comment