Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 4, 2019

Sinopsis Drama Senafas Rindu (slot Megadrama Astro Ria)

Hai. Drama terbaru adaptasi novel, Senafas Rindu akan datang di Astro Ria menerusi slot  Megadrama. Hasil karya tulisan Damya Hanna. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Janet Khoo, Wan Syarmila dan ramai lagi.

JUDUL : SENAFAS RINDU
EPISOD : 20 Episod
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Amka
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Syafiq Kyle (Fariz Ashman), Elizabeth Tan (Vivianna @ Siti Nur Ain), Kahoe Hon (Kelvin), Alya Iman (Shafika), Josiah Lim (Patrick), Sharul Kamal (Munir), Nelissa Edreena (Azila), Wan Sharmila (Athirah), Arash Mohd (Dato Zainol), Liza Abdullah (Datin Maznah), Azizah Mahzan (Tun Afifah @ Uwan), Zarina Zainorddin (Marina), Alif Hadi (Martin), Janet Khoo (Cindy), Fazreen Rafi (Kamal), Mimi Ernida (Dila), Louisa Alissa Chong (Belinda)

SINOPSIS :
Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.


Drama 20 episod terbitan Pena Creative Pictures ini akan temui penonton bermula 4 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD.

No comments:

Post a Comment