Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 15, 2019

Drama Syurgaku Tak Sempurna 2, akan datang di Unifi TV

Drama terbaru Syurgaku Tak Sempurna akan kembali untuk musim ke-2 akan datang di Unifi TV (Hypp Sensasi 116). Menampilkan lakonan utama Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee, Zarina Zainoordin, dan ramai lagi. 


Drama bersiri 30 episod terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada bulan Mac nanti hanya di saluran Unifi TV.

Wednesday, February 13, 2019

Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, akan datang di Astro Ria

Nantikan drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami yang akan menghiasi di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. 


Drama arahan Along Kamaluddin ini diterbitkan produksi Zeel Production Sdn. Bhd. akan menemui penonton pada bulan Mac 2019 hanya di Astro Ria (104).

Sunday, February 10, 2019

Drama Jodoh Jodoh Annisa akan menghiasi slot Tiara (Astro Prima)

Drama terbaru berjudul Jodoh Jodoh Annisa akan datang menerusi slot Tiara di Astro Prima. Menampilkan pelakon utama Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Bahrin, Raja Afiq , Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Daniella Sya, Fizz Fairuz dan ramai lagi.


Drama bersiri 100 episod ini akan temui penonton pada 19 Februari 2019, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di slot Tiara, Astro Prima.

Sinopsis Drama Leftenan Zana (TV3)

Saksikan drama terbaru berjudul Leftenan Zana akan menghiasi saluran TV3. Drama arahab Azman Yahya akan dibintangi oleh Janna Nick, Redza Rosli, Tunku Hanis, Aprena Manrose, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

JUDUL : LEFTENAN ZANA
EPISOD : 20 Episod
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Azman Hj Yahya @Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick (Zana), Tunku Hanis (Rajh), Sheila Rusly (Sarjan Qamar), Redza Rosli (Kapten Haniff), Izzat Mushtaq (Faiz), Aprena Manrose (Tisya), Zarul Husin (Arul), Ameerul Asyraf (Kapten Mustakim), Hairie Othman (Kapten Rahmat), Nazrief Nazri (Zaidi), Idzham Ismail (Kapten Dr Putra), Sofea Shaheera

SINOPSIS LEFTENAN ZANA
Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?


Saksikan drama bersiri 20 episod terbitan JS Picture Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada 8 Februari 2019, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.

Monday, February 4, 2019

Sinopsis Drama Senafas Rindu (slot Megadrama Astro Ria)

Hai. Drama terbaru adaptasi novel, Senafas Rindu akan datang di Astro Ria menerusi slot  Megadrama. Hasil karya tulisan Damya Hanna. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Janet Khoo, Wan Syarmila dan ramai lagi.

JUDUL : SENAFAS RINDU
EPISOD : 20 Episod
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Amka
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Syafiq Kyle (Fariz Ashman), Elizabeth Tan (Vivianna @ Siti Nur Ain), Kahoe Hon (Kelvin), Alya Iman (Shafika), Josiah Lim (Patrick), Sharul Kamal (Munir), Nelissa Edreena (Azila), Wan Sharmila (Athirah), Arash Mohd (Dato Zainol), Liza Abdullah (Datin Maznah), Azizah Mahzan (Tun Afifah @ Uwan), Zarina Zainorddin (Marina), Alif Hadi (Martin), Janet Khoo (Cindy), Fazreen Rafi (Kamal), Mimi Ernida (Dila), Louisa Alissa Chong (Belinda)

SINOPSIS :
Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.


Drama 20 episod terbitan Pena Creative Pictures ini akan temui penonton bermula 4 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD.